Kawasan Tanah Pamah


  1. Kawasan tanah pamah adalah tanah rendah yang rata, ada kalanya beralun, tidak melebihi 100m dari aras laut.
  2. Jaluran tanah pamah terletak di antara pinggir laut dengan banjaran gunung dan bukit di sepanjang laut di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
  3. Tanah pamah hasil dari mendapan lanar dinamakan tanah pamah lanar.
  4. Dataran pantai barat Semenanjung Malaysia :
  • Lebih luas
  • Dataran Kedah-Perlis dan Dataran Hilir Sungai Perak merupakan dataran yang amat penting.
  1. Dataran pantai timur Semenanjung Malaysia :
  • Sempit, terputus-putus dan berpasir.
  • Sering dilanda banjir monsun timur laut.
  • Tanihnya yang berpasir kurang sesuai untuk pertanian.
  1. Tanah pamah yang menakung air dinamakan paya
  • Tanah yang ditakungi air masin dinamakan paya bakau.
  • Paya bakau banyak didapati di teluk-teluk dan di muara sungai.
  • Paya ini menjadi paya gambut jika berterusan ditenggelami air masin.
  1. Tanah gambut berwarna hitam dan tidak subur kerana mengandungi asid.
  2. Dataran pantai barat Sabah sempit dan terputus. Tanah pamahnya yang luas ialah:
  • Sekitar sungai kinabatangan
  • Semenanjung Semporna
  • Hilir Lembah Sagama
  • Sekitar Sungai Labuk dan Sungai Segama
  1. Di kawasan ke darat dari paya bakau yang tidak di pengaruhi oleh air terdapat paya air tawar. Paya air tawar sebahagian besar disalirkan dan digunakan sebagai kawasan pertanian padi sawah dan kelapa.
  2. Paya gambut hanya sesuai digunakan untuk pertanian selepas dikeringkan. Tanah paya gambut lembut dan tidak subur. Ia hanya digunakan untuk tanaman berakarkan serabut.
  3. Di kawasan ke darat dari tanah pamah lanar terdapat tanah pamah beralun.
  • Ianya terdapat di selatan Sungai Pahang, negeri Johor Darul Takzim, Negeri Sembilan Darul Khusus, Melaka dan pantai barat Sarawak.
  • Sesuai dijadikan kawasan pertanian getah, kelapa sawit, lada hitam, dan pertanian pindah di Sarawak serta kelapa sawit dan koko di Sabah.
  1. Kawasan tanah pamah sesuai untuk :
  • perlombongan (Lembah Kinta)
  • pembalakan (selatan Pahang, barat Sarawak, dan timur Sabah)
  1. Dataran pantai Sabah adalah lebar antara 30-65km
  • terdiri daripada tanah aluvium
  • Delta Rajang (utama) dan Delta Baram (Utama)
  1. Kawasan tanah pamah
  • Delta Rajang
  • Delta Baram
  • Delta Kelantan
  • Delta Sungai Pahang
  • Delta Endau-Rompin
  • Dataran Kedah-Perlis
  • Dataran Kuching
  • Dataran Seberang Prai
  • Dataran Pantai Timur
  • Dataran Johor
  1. Kepentingan tanah pamah
  • Kawasan pertanian terutamanya

-penanaman padi (tanih lanar)
-getah dan kelapa sawit (cerun bukit dan tanih laterit)

  • Kawasan perlombongan terutama bijih timah (Lembah Kinta).
  • Kawasan perindustrian dan perumahan.
  • Kawsan tumpuan penduduk dan bandar.
  • Sesuai untuk memudahkan pembinaan jalinan jalan raya dan landasan keretapi.

About geografik6

kumpulan sains pertanian
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s