KESIMPULAN

Pemahamannya yang menyeluruh terhadap segala fenomena semulajadi dan budaya adalah penting untuk menjamin pengekalan dan penerusan sistem bumi. Tanpa pemahaman tersebut pelbagai kegiatan manusia akan mengacam keseimbangan kestabilan unsur-unsur semulajadi dalam sistem bumi. Manusia perlu menjalankan usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan sumber-sumber semulajadi seperti hutan (tanam semula), tanih(cara mencegah hakisan), udara(mencegah pencemaran), haiwan (mengawal agar tidak pupus) dan lain-lain lagi. Jika usaha-usaha itu tidak dilaksanakan, kemusnahan sumber-sumber tersebut akan terus membawa kepada kemusnahan spesies manusia sendiri.